Tanda-tanda kamera anda mempunyai masalah
Kamera memainkan peranan yang penting di sesebuah telefon pintar itu. Terdapat banyak model telefon pintar yang membuat keluaran dengan kamera yang mengagumkan seperti Huawei P20 Pro, iPhone XS Max dan Samsung Galaxy S10. Kamera juga mempunyai banyak fungsi yang menakjubkan seperti mengambil video dalam “slow motion”. Salah satu masalah yang sering berlaku kepada pengguna iPhone adalah berkaitan dengan kamera. Terdapat beberapa masalah yang dapat dikenalpasti mengenai masalah kamera iPhone ini. Yang pertama adalah dimana kamera itu tidak mengikut pergerakan atau “stuck”. Kamera anda mungkin juga berada dalam keadaan yang gelap dimana ianya tidak menunjukkan apa-apa gambar. Selain itu, kamera anda mungkin akan lambat untuk membuat penukaran dari kamera depan ke kamera belakang, atau sebaliknya, dan anda kemungkinan akan terkeluar daripada aplikasi kamera itu. Kamera anda juga tidak dapat untuk berfungsi dengan baik, sebagai contoh penggunaan HDR atapun “flash” tidak dapat digunakan.
Cara-cara untuk cuba menyelesaikan masalah kamera ini
Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah kamera ini adalah dengan membuka aplikasi yang ada boleh membuat panggilan video, seperti Facetime atau Whatsapp Video Call. Jika tiada sebarang masalah kamera, anda bernasib baik kerana ini merupakan masalah software sahaja. Ini bermaksud kamera iPhone anda masih lagi dalam keadaan yang baik. Cara yang kedua ialah anda boleh mencuba untuk menutup dan membuka semula aplikasi kamera, iaitu dengan menekan butang “home”, dan “swipe” ke atas pada aplikasi kamera. Cara yang ketiga pula di mana anda boleh pergi ke “Settings”, dan anda boleh membuat pilihan “General” , kemudian klik pada “Reset” dan seterusnya memilih “Reset All Settings”. Dengan berbuat demikian, anda mengubah semua pengaturan iPhone ke pengaturan asal. Namun begitu, jika kamera anda masih dalam keadaan gelap, perkara yang terakhir anda boleh lakukan adalah membuat “hard reset” dengan menekan kedua-dua butang home dan butang power selama beberapa saat sehingga iPhone anda terpadam, dan skrin mempamerkan logo Apple. Sekiranya kamera anda masih lagi tidak boleh digunakan, kemungkinan anda perlu pergi ke pusat pembaikan untuk penukaran kamera.
Masalah kamera juga boleh berpunca daripada cip “Camera IC” pada motherboard
Masalah kamera boleh juga disebabkan oleh salah satu cip “Camera IC” pada motherboard. Camera IC inilah yang mengawal fungsi kamera depan dan belakang. Untuk mengetahui kamera anda mempunyai masalah Camera IC adalah dengan membuka aplikasi kamera terlebih dahulu. Anda akan dapati pada bahagian “flash” mempunyai simbol yang bermaksud memerlukan perhatian. Anda boleh cuba untuk menekan simbol itu tetapi ianya akan mengeluarkan notis atau “pop up” seperti gambar dibawah. Manakala apabila anda membuka “control centre”, anda akan dapati bahawa simbol flash” itu malap dan tidak dapat untuk menggunakan ciri flash tersebut.
Pembaikan di IPRO Ampang
Sekiranya anda mengalami masalah berkaitan dengan kamera seperti yang diterangkan diatas, anda boleh membawa iPhone anda ke IPRO Ampang. Kami memberi servis yang percuma untuk servis diagnosis dimana kami akan memastikan “update” ke iOS yang baharu terlebih dahulu, dan barulah kami membuat diagnosis secara “hardware”, iaitu membuat penukaran kamera bagi tujuan pengujian.
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur
Recent Comments