APA ITU ACTIVATION LOCK
Pernah tak anda mengalami masalah dimana anda tidak boleh mengakses iPhone anda seperti gambar dibawah. Activation lock ini dimana anda dikehendaki untuk memasukkan Apple ID dan kata laluan yang pernah digunakan untuk mengaktifkan iPhone tersebut. Masalah ini kebiasaannya terjadi kepada pengguna iPhone yang baru sahaja menukar atau membeli iPhone yang telah ditukarmilik. Sekiranya anda tidak dapat memasukkan Apple ID dan kata laluan ini, anda sama sekali tidak akan dapat mengakses iPhone dan tidak dapat menggunakannya. Dalam artikel ini saya ingin berkongsikan bagaimana anda boleh menyelesaikan masalah ini.
Anda mesti tertanya-tanya mengapa perlu ada Activation Lock ini? Activation Lock ini mula diperkenalkan seawal iOS 7. Ianya bertujuan untuk menguatkan sekuriti kepada semua pengguna iPhone. Apple mengenalkan Activation Lock ini kerana ianya dapat mengelakkan penggunaan iPhone yang telah dicuri. Walaupun anda cuba untuk reset iPhone ini, anda masih juga dikehendaki untuk memasukkan Apple ID dan kata laluan itu.
APA YANG ANDA HARUS LAKUKAN SEKIRANYA MENGALAMI MASALAH INI
Sekiranya masalah ini berlaku kepada anda, cara penyelesaian yang anda boleh lakukan adalah dengan berhubung dengan pemilik asal iPhone itu kerana hanya itulah satu-satunya penyelesaian yang anda boleh lakukan jika anda membuat pembelian daripada pemilik asal itu.
Walaupun dengan berurusan dengan pihak Apple, ianya mustahil untuk anda mendapatkan semula Apple ID dan kata laluan itu kerana kemungkinan dengan berbuat demikian akan melanggar polisi mereka untuk memberikan data peribadi kepada anda.
Sekiranya anda dapat berhubung dengan pemilik asal iPhone itu, semestinya mereka tidak akan memberi Apple ID serta kata laluan begitu sahaja, anda boleh memberitahu pemilik asal iPhone itu untuk melayari www.iCloud.com dan memasukkan Apple ID serta kata laluannya. selepas itu beliau harus klik ke pilihan “Find My iPhone”, dan seterusnya “Find iPhone”. Kemudian, beliau hanya perlu membuat pilihan iPhone yang telah ditukarmilik itu, dan memilih “Remove from Account”.
Setelah beliau mengikut langkah-langkah tersebut, anda akan mendapati baha iPhone itu tidak lagi mempunyai masalah Activation Lock itu dan anda dapat untuk mengakses iPhone tersebut. Sekiranya anda pemilik asal iPhone itu, dan anda terlupa Apple ID dan kata laluannya, perkara yang anda boleh lakukan adalah dengan reset semula Apple ID tersebut. Ini dapat dilakukan menggunakan email kedua anda untuk reset semula kata laluan itu. Anda juga perlu untuk menjawab beberapa soalan sekuriti yang anda pernah tetapkan
Terdapat beberapa perkara yang anda harus lakukan sebelum membuat pembelian iPhone secondhand ini. Ini untuk mengelakkan masalah seperti ini untuk berlaku.Terdapat satu laman web (https://imei24.com/check/iphone_icloud) dimana anda boleh menyemak nombor IMEI iPhone tersebut untuk menyemak status iPhone itu. Ini kerana dengan melayari lama web itu anda dapat mengetahui jika terdapat Acitvation Lock pada iPhone tersebut.
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur
Recent Comments