AIRPODS GENERASI YANG PERTAMA DIKELUARKAN

 

Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca! Dalam artikel saya pada hari ini, saya ingin berkongsikan kepada anda semua tentang salah satu produk ciptaan Apple iaitu Airpods. Sepertimana yang anda semua tahu, Apple telah mengeluarkan produk Airpods yang pertama pada tahun 2016, iaitu pada 13 Disember. Airpods generasi yang kedua iaitu Airpods 2 pula telahpun dikeluarkan pada bulan Mac tahun ini. Tidak kiralah jika anda mempunyai Airpods generasi pertama atau yang kedua, apa yang penting adalah anda dapat menggunakan ciri Airpods sepenuhnya. Sebelum memulakan artikel ini, saya ingin berkongsikan perbezaan dan juga persamaan Airpods generasi yang pertama dan kedua.

 

 

PERBEZAAN AIRPODS 1 DAN AIRPODS 2

 

Antaranya perbezaan adalah tempoh perbualan semasa anda membuat panggilan telefon. Tempoh perbualan bagi generasi yang pertama (Airpods 1) adalah selama 2 jam manakala tempoh bagi generasi yang kedua (Airpods 2) adalah 3 jam. Selain itu, cip yang terkandung dalam Airpods juga berbeza. Airpods 1 mengandungi cip W1 manakala Airpods 2 menggunakan cip yang lebih baharu iaitu cip H1. Untuk pengetahuan anda, cip inilah yang memainkan peranan penting yang membezakan kedua-dua Airpods ini. Penambahan ciri di Airpods 2 juga berkait rapat dengan pembaharuan cip H1 ini. Antara peningkatan pada cip H1 ini adalah tempoh panggilan telefon yang lebih lama sebanyak 50% berbanding Airpods 1. Selain itu, masa yang diambil untuk membuat penukaran penggunaan Airpods ke peranti yang lain adalah lebih cepat dengan menggunakan Airpods 2 berbanding Airpods 1.

 

CIRI AIRPODS 2 BERBANDING AIRPODS 1

 

Cip H1 ini juga menguatkan capaian dan rangkaian semasa anda membuat panggilan telefon menggunakan Airpods 2 ini. Terdapat penambahan ciri pada penggunaan SIRI Airpods 2, dimana anda boleh mengaktifkan SIRI anda dengan berkata “Hey SIRI”  atau dengan menekan Airpods anda dua kali (Airpods 1 hanya mempunyai ciri menekan Airpods dua kali sahaja). Jika anda membuat pembelian Airpods 2 dimana-mana kedai Apple, anda akan diberi sarung Airpods yang terbaru, yang berupaya untuk membuat pengecasan tanpa wayar. Sarung ini boeh juga dibeli berasingan sekiranya anda menggunakan Airpods 1 dan menginginkan untuk menggunakan produk ini. Bagi persamaan yang dikongsi oleh kedua-dua Airpods ini adalah tempoh pendengaran musik, iaitu kedua-dua mempunyai tempoh pendengaran musik yang sama iaitu selama 5 jam. Dari segi bentuknya pula, tidak ada sebarang aspek seperti saiz dan warna (putih) yang membezakan Airpods 1 daripada Airpods 2.

 

 

TIPS MENGGUNAKAN AIRPODS

 

Penggunaan Airpods ini sangatlah mudah kerana tidak ada wayar yang akan mengganggu ruangan muka kita. Untuk menggunakan Airpods ini anda hanya perlu membuka penutup sarung dan tunggu sehingga terpapar isyarat di skrin iPhone anda untuk membuat penyambungan dan kemudian tekan “Connect”. Ianya semudah itu sahaja untuk menggunakan Airpods. Anda juga tidak perlu untuk membuat pengaturan semula jika nada ingin menggunakan Airpods anda ke peranti yang lain sekiranya anda menggunakan akaun iCloud yang sama. Jadi saya ingin memulakan topik pada hari ini dengan berkongsikan tips yang anda perlu tahu apabila menggunakan Airpods. Perkara yang pertama saya ingin kongsikan adalah Airpods ini boleh juga digunakan pada peranti selain daripada Apple. Untuk menggunakan Airpods ke peranti yang lain, anda perlu membuat pengaturan dimana anda harus membuka penutup sarung itu (sama seperti untuk membuat pengaturan pada iPhone). Kemudian anda perlu menekan butang yang terdapat pada bahagian belakang sarung Airpods untuk seketika sehingga LED berwarna putih menyala. Dengan penyalaan LED itu anda boleh menyemak Bluetooth pada peranti anda untuk membuat penyambungan.

 

 

Jika anda menggunakan peranti yang bukan daripada produk Apple, anda tidak akan dapat menggunakan fungsi Airpods sepenuhnya sepertimana anda membuat penyambungan ke peranti Apple. Fungsi yang tidak daoat digunakan pada peranti yang lain adalah seperti memberhentikan lagu yang sedang dimainkan sekiranya anda mencabut Airpods daripada telinga anda. Penggunaan Airpods pada peranti yang lain sangatlah terhad untuk sekadar mendengar lagu sahaja. Perkara yang kedua yang saya ingin kongsikan adalah anda boleh jimat penggunaan bateri Airpods anda dengan menggunakan satu bahagian Airpods sahaja. Sebagai contoh, anda menggunakan Airpods pada telinga kanan anda sahaja, membiarkan bahagian kiri di dalam sarung Airpods untuk pengecasan dan membuat penukaran secara bergilir mengikut status bateri Airpods anda. Anda juga boleh berkongsi Airpods dengan rakan anda untuk mendengar lagu. Sekiranya anda menerima panggilan telefon, anda dan rakan anda akan dapat mendengar perbualan yang dibicarakan, tetapi hanya seorang sahaja yang boleh berkomunikasi. Ini kerana mikrofon hanyalah dibenarkan kepada salah satu Airpods itu sahaja seperti yang ditetapkan.

 

Pin It on Pinterest