Selamat petang kepada semua pembaca! Pada hari ini saya ingin berkongsikan tentang cara untuk anda membuat backup iPhone atau iPad anda.

MENGAPAKAH KITA PERLU MEMBUAT BACKUP?

Backup merupakan satu proses dimana anda menyimpan data dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalam iPhone anda ke PC atau menggunakan langganan di iCloud. Untuk pengetahuan anda, Apple memberikan 5GB iCloud storage secara percuma kepada semua pengguna iPhone dan iPad, dimana ianya akan membuat backup secara automatik di iCloud anda. Backup ini amatlah diperlukan sekiranya iPhone atau iPad anda hilang dan perkara ini tidak dapat dielakkan sekiranya berlaku kecuaian daripada diri kita sendiri. Anda seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga jika perkara yang tidak diingini seperti ini berlaku, iaitu dengan membuat backup.

Jika anda kerap membuat backup, anda semestinya akan terhindar daripada kehilangan data dan maklumat-maklumat peribadi dan penting seperti gambar, video, data perbualan di Whatsapp, nombor telefon kenalan anda dan sebagainya. Sudah pasti kehilangan iPhone amatlah digeruni oleh semua pengguna, kerana harga sesebuah iPhone agak mahal dan diluar kemampuan bagi sesetengah pihak. Namun begitu, maklumat yang tersimpan di dalam iPhone anda adalah perkara yang jauh lebih penting. Dengan adanya backup semasa, anda boleh memasukkan kembali data ke iPhone yang baru, dan segala maklumat anda dapat dipulihkan seperti sedia kala, ini termasuklah sambungan WIFI yang pernah anda gunakan, sejarah laman web yang pernah anda layari dan sebagainya.

 

 

MEMBUAT BACKUP DI ITUNES ATAU DI ICLOUD?

Sepertimana yang saya jelaskan sebentar tadi, terdapat dua cara untuk anda membuat backup iPhone anda, iaitu dengan menggunakan PC atau iCloud. Saya ingin menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai hal ini. Anda boleh membuat backup menggunakan PC melalui aplikasi iTunes. ICloud pula adalah dimana anda membuat backup secara online. Jika kita membuat perbandingan proses “restore” backup menggunakan iCloud dan iTunes, sudah terbukti bahawa dengan penggunaan iTunes adalah lebih pantas berbanding iCloud. Saya ingin menerangkan tentang membuat backup menggunakan iCloud terlebih dahulu. Apple memberi 5GB simpanan di iCloud secara percuma, dan anda perlu membuat langganan jika ingin menyimpan data yang lebih banyak. ICloud akan membuat backup secara automatik sekiranya iPhone anda dicas dan disambung ke WIFI. Proses backup menggunakan iCloud memerlukan lebih masa kerana ianya bergantung kepada kelajuan dan kekuatan sambungan WIFI anda. Antara backup yang akan dibuat secara automatik dengan menggunakan iCloud adalah data aplikasi, tetapan di Settings, kandungan mesej, gambar-gambar di galeri dan pembelian di iTunes dan Apple Store.

 

CARA UNTUK MEMBUAT BACKUP DI ICLOUD

Cara untuk membuat backup menggunakan iCloud adalah dengan memilih Settings dan membuat pilihan ICloud. Seterusnya anda perlu pergi membuat pilihan iCloud Backup. Anda haruslah memastikan iCloud Backup diaktifkan. Jika proses backup ini gagal, ini kemungkinan disebabkan oleh storage di iCloud anda telah penuh dan anda harus melanggan iCloud storage untuk menjayakan proses backup ini. Untuk membuat langganan iCloud, anda boleh pergi ke pilihan Settings, kemudian memilih pilihan iCloud, klik Manage Storage dan kemudiannya membuat pilihan Change Storage Plan. Langganan yang minimum adalah sebanyak 50GB, dimana ini sudah memadai bagi pengguna iPhone yang tidak perlu membuat backup yang banyak. Anda juga boleh membuat langganan sebanyak 200GB, dimana anda boleh berkongsi iCloud storage dengan ahli keluarga atau sekiranya anda ingin membuat backup pada peranti yang lain seperti iPad.

 

 

 

 

Pin It on Pinterest