Repair Kamera Bergegar iPhone 6S Plus
Selamat tengahari dan semoga terus bertenaga kepada anda yang menjalani ibadah puasa
En Aiman datang ke IPRO Ampang untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh telefon beliau jenis model iphone 6s plus
Iphone beliau mempunyai masalah dengan kamera dimana kamera belakang beliau bergegar apabila digunakan, ini menyukarkan beliau untuk menggunakan kamera beliau
Masalah kamera bergegar ini kerap berlaku kepada model iphone 6 plus dan iphone 6s plus, masalah ini kerap berlaku disebabkan motor pada kamera itu gagal untuk berfungsi dengan baik
Masalah ini boleh berlaku akibat telefon jatuh yang mana pada bahagian kamera akan menerima hentakan dan gegarang yang kuat, masalah kamera ini juga boleh disebabkan oleh kerosakan pada motherboard kerana motherboard memainkan peranan yang penting untuk memastikan kamera dapat beroperasi dengan baik
Selepas proses diagnosis oleh juruteknik kami dan masalah yang dapat kenal pasti adalah kamera serta proses ini mengambil masa dalam 30 minit
Jika anda punya sebarang soalan, anda boleh klik link dibawah
Recent Comments